Tuesday, May 24, 2016

Surat untuk sahabatku

Sahabat,
Aku tahu sahabatku orangnya cantik
Aku tahu engkau ingin bahagia
Aku tahu engkau ada jiwa yang lembut
Aku juga tahu engkau ada hati yang baik

Namun, sahabatku yang cantik
Usah kau cari cinta yang tak hakiki
Kerna cinta yang hakiki adalah hanya cinta Allah
Yakin lah sahabatku jika dirimu dekat dengan illahi pasti cinta yang diredhai akan datang.

Sahabatku yang punya hati yang baik
Usah kau mudah jatuh cinta pada lelaki yang belum tentu jadi suamimu
Aku tahu sahabatku, kau dahagakan cinta lelaki yang bukan milikmu lagi
Namun, penuhi lah hatimu dengan cinta Allah, cinta Rasulmu, cinta ibumu yang melahirkanmu dan  cinta ayahmu yang sedia berkorban untukmu
Sabar sahabatku engkau akan peroleh cintamu dengan orang yang sesuai dan pada masa yang tepat

Sahabatku yang punya jiwa yang lembut
Aku tahu kau menutup auratmu dengan sempurna denga tudung mu yang labuh dan baju muslimahmu yang pelbagai warna
Namun sahabatku,
Sia- sia lah segala yang engkau jaga, jika dirimu masih lagi tidak menjaga pergaulan mu dengan lelaki. Meluahkan rasa cinta pada lelaki.
 Jaga lah maruahmu sahabatku.
Tunjukkan engkau bukan wanita yang senang untuk didekati.


Sahabatku yang cantik yang punya suara merdu
Jangan kau lembutkan suaramu didepan lelaki
Kerna suaramu itu bisa menjadi permulaan untuk segalanya sahabatku.

Sahabatku
Sekali lagi aku ingin berpesan penuhkan hatimu dengan cinta Allah pasti engkau akan bertemu dengan kebahagiaan
Aku tahu sahabat engkau dan aku berbeza, ini kata mu dulu. Namun, aku tidak sanggup melihat sahabatku tengggelam dengan cinta manusia yang belum tentu lagi akan berbalas sahabatku.
Jangan jadikan dirimu sebagai fitnah sahabatku. Engkau dan aku perhiasan dunia
Hiasi dunia ini dengan akhlak mu yang baik sahabatku.

Surat ini bukan hanya untuk peringatan kepadamu sahaja sahabtku.
Peringatan ini juga adalah untukku yang belum tahu apa pengakhiranku baik atau buruk. Kerna aku juga bukan manusia yang sempurna dan punya berjuta dosa.

Tuesday, January 12, 2016

Bersedia atau tidak


Bismillahirahmanirrahim

Hari ni..bukan malam ni je tapi dah lama perhatikan gelagat kawan - kawan di FB post tentang kahwin.
Ada yang tak sabar sangat nak kawin, ad yang relax2 dulu dan macam- macam lagi

Yup..kahwin
Benda yang wajib. Tapi bersediakah kita untuk mengharungi bahtera perkahwinan yang dikatakan indah
Berkahwin itu mudah. Tp susah untuk mengharunginya. Jangan dilihat kebahagian orang yang sudah berkahwin di FB. Itu hanya luaran sahaja, dalamannya kita tak tahu

Betulkan niat sebelum berkahwin. Tanam niat kita berkahwin untuk dapat redha Allah bukan berkahwin disebabkan orang sekeliling kita berkahwin, nak dapat cinta seorang lelaki atau perempuan.

Perkahwinan ini kene banyak memberi. Bukan banyak menerima
Kita boleh dapat semua ni tapi redha Allah lagi besar dari semua ni.
Jangan rasa sedih tengok orang yang rapat dengan kita kahwin, bergembiralah untuk mereka.
Doakan kebaikan untuk mereka. InsyaAllah jodoh kita akan sampai juga.
Penuhkan ilmu didada.
Jadi orang yang baik untuk dapat pasangan yang baik.

X bleh nak tulis panjang2 sbb tak kahwin lagi..nk berdasarkan pengalaman - pengalaman sahabat yang dah berkahwin.



Tuesday, December 16, 2014

redha


Bismillahhirrahmanirrahim

Hidup ini perlukan pengorbanan. kadang-kadang kita perlu lepaskan benda yang kita suka dan buat sesuatu yang kita tak suka dan taknak pun kita tempuhi pun.

Tapi, reflect balik kenapa Allah bagi sesuatu benda yang kita tak suka. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah takkan bagi benda yang buruk kat kita, Allah bagi benda yang terbaik untuk kita.Allah nak didik kita untuk kita jadi Insan yang lebih baik dari sebelum.

Belajar untuk Redha dengan apa yang kita dapat, insyaAllah kita akan bahagia.





Saturday, December 6, 2014

Cicipan di malam hari..

Fokus dan khusyuk dalam kehidupan


  1. Kalau nak berubah, perlu ubah cara fikir/cara pandang kita. kalau kita pandang benda tu positive maka positive la benda tu dan jika kita pandang benda tu negative maka negative la benda tu. 
  2. kenapa kita perlukan penceramah, buku-buku untuk memotivasikan diri kita sedangkan al-quran ada segalanya. Agama menjadi solusi kepada semua permasalahan kita. Sebab kita x faham apa yang kita baca dan kita tak kaji al-quran betul-betul
  3. Sabar: Orang boleh buat apa sahaja dengan kamu(menengking, menfitnah dan sebagainya) tapi kita perlu sabar dengan semua tu insyaAllah ada ganjarannya.
  4. Sentiasa sentiasa baik dengan Allah. kalau Allah bagi benda yang kita tak suka, terimalah sebabnya itu yang terbaik untuk kita.
Mindfullness= minda ketara sedar= sentiasa sedar diri
  1. kalau kita nak react kepada sesuatu pastikan kita berada dalam keadan sedar(conscious). Contohnya:
  2. situasi macamana seorang ayah react apabila anaknya tertumpah kopi kat atas baju putih ayah yang akan ke pejabat selepas tu. bayangkan kalau si ayah react dengan memarahi anaknya, pasti kesan terhadap reaksi itu akan memberi kesan kepada si ayah dan juga si anak yang pertama anak akan bermasam muka dengan si ayah, yang ke-2 si ayah akan lambat ke tempat kerja kerana terpaksa meng "iron"  baju lain yang ke-3 si ayah akan dimarahi oleh bos terlambat ke pejabat dan banyak lagi kemungkinan yang akan berlaku. 
  3. Respon yang diberikan akan memberi kesan jangka panjang. Jadinya, kita perlu sentiasa sedar setiap respon yang kita nak react kepada sesuatu situasi, jangan kalah dengan tabiat sebab tabiat biasanya cenderung tunduk kepada nafsu. Islam mengajar kita berfikir 2-3 kali, jadi fikir dulu  sebelum bertindak.
lastly
  • Ada pahala bagi orang yang sabar
  • hidup ni adalah untuk diuji oleh tuhan
  • Agama menyuruh kita untuk berfikir 2-3 kali
  • Cara kita solat menunjukkan cara hidup kita seharian, kalau kita khusyuk dalam solat, insyaAllah kita boleh fokus dalam kerja kita.
  • Ubah cara pandang kita pada benda yang sama.
Sekian, see you in another post, insyaAllah kalau rajin menulis...hehe

ni blok ustaz shaari: http://www.iskandarfateh.com/ 



Wednesday, June 18, 2014

tazkirah di petang hari

Bismillah...

ujian
memang pedih untuk kita lalui
tapi
percayalah setiap ujian yang Allah bagi pasti dan pasti akan ada hikmahnya
jangan bersangka buruk dengan Allah
yakin dan yakin lah apa yang Allah berikan pada kita, pasti itu yang terbaik untuk kita.

Sekarang ni ramai meluahkan perasaan gembira, sedih di muka buku,
tapi, luahan di muka buku tak kan merubah apa-apa pun
dapat simpati?
yup, kita akan dapat simpati orang, tapi hanya seketika,
ingat kita ada Allah, Allah kabel paling besar,
hati berduka....doa pada Allah, mintak pada Allah supaya tenangkan hati kita.
menangislah....tapi reflek balik diri kita,
kita rasa sedih, rasa kecewa, rasa marah dengan ujian yang kita dapat tapi ingat semua ujian itu datang dari Allah, bersangka baiklah dengan Allah.

so, terima ujian dengan hati yang terbuka, insyaAllah setiap yang berlaku itu pasti akan ada sinarnya...
yakin lah

Friday, June 13, 2014

ukhwah

Ukhwah....
buat kita rasa rindu
buat kita rasa cinta
buat kita rasa disayangi
buat kita rasa dekat dengan pencipta kita
buat kita rasa nak kawan dengan ramai orang kerana-Nya
buat kita rasa tak kesunyian

tapi,
ukhwah jugak...
buat kita sedih
buat kita terasa hati
buat kita sakit hati
buat kita rasa dipinggirkan
tapi ni semua ujian berukhwah,
buang jauh-jauh perasaan yang tak bagus ni
sebab semua ni bisikan syaitan yang nak goyahkan persahabatan kita kerana-Nya
kalau ada perasaan ni cepat-cepat istighfar
pujuk hati,
kata kat diri sendiri...Aku sayang kawan aku, aku tak nak kehilangan dia

so, berkawan biar seribu, jagan cari musuh..nanti rugi, rugi hilang kawan.





Tuesday, June 10, 2014

suka-suka hati

Baru jer habis dinner kolej sebulan yang lalu...

sebelum g dinner...
excited sebab dapat makan free

selepas dinner....
Rasa macam malas dah nak g dinner sebabnya....
entahlah macam tak seronok tengok perempuan melayu yang pakai tudung duk menari-nari atas pentas...kalau yang lelaki x pe lagi...ni perempuan...emmm
diri ni pulak yang tolong malu kat orang atas pentas

Satu lagi rimas tengok perempuan-perempuan yang beragama islam,
 tapi pakai ketat-ketat dan pakai make-up tebal-tebal...
memang dah biasa tengok kat dalam TV tapi ni tengok live...

yang kelakarnya...
majlis start dengan tarian, lps tu baca doa mohon keberkatan..
macam mane ni?

Moral of the story
-Matlamat tak menghalalkan cara
-Make-up: make-up ni, satu keperluan ke? macam tak perlu jer..sebabnya pernah tak dengar perempuan tu hiasan dunia...kalau hiasan maksudnya benda yang cantik la kan..so, perempuan dekat dunia ni semua nya cantik-cantik, kalau tak de perempuan hilang la serinya kan?
-Allah tak tengok pun kite ni cantik ke tak, kaya, berpangkat tapi Allah akan tengok hati kita(ikhlas ke x?), amalan kita. Kalau cantik/kaya tapi hati hampeh tak de gunanya...