Tuesday, January 12, 2016

Bersedia atau tidak


Bismillahirahmanirrahim

Hari ni..bukan malam ni je tapi dah lama perhatikan gelagat kawan - kawan di FB post tentang kahwin.
Ada yang tak sabar sangat nak kawin, ad yang relax2 dulu dan macam- macam lagi

Yup..kahwin
Benda yang wajib. Tapi bersediakah kita untuk mengharungi bahtera perkahwinan yang dikatakan indah
Berkahwin itu mudah. Tp susah untuk mengharunginya. Jangan dilihat kebahagian orang yang sudah berkahwin di FB. Itu hanya luaran sahaja, dalamannya kita tak tahu

Betulkan niat sebelum berkahwin. Tanam niat kita berkahwin untuk dapat redha Allah bukan berkahwin disebabkan orang sekeliling kita berkahwin, nak dapat cinta seorang lelaki atau perempuan.

Perkahwinan ini kene banyak memberi. Bukan banyak menerima
Kita boleh dapat semua ni tapi redha Allah lagi besar dari semua ni.
Jangan rasa sedih tengok orang yang rapat dengan kita kahwin, bergembiralah untuk mereka.
Doakan kebaikan untuk mereka. InsyaAllah jodoh kita akan sampai juga.
Penuhkan ilmu didada.
Jadi orang yang baik untuk dapat pasangan yang baik.

X bleh nak tulis panjang2 sbb tak kahwin lagi..nk berdasarkan pengalaman - pengalaman sahabat yang dah berkahwin.



No comments:

Post a Comment