Tuesday, December 16, 2014

redha


Bismillahhirrahmanirrahim

Hidup ini perlukan pengorbanan. kadang-kadang kita perlu lepaskan benda yang kita suka dan buat sesuatu yang kita tak suka dan taknak pun kita tempuhi pun.

Tapi, reflect balik kenapa Allah bagi sesuatu benda yang kita tak suka. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah takkan bagi benda yang buruk kat kita, Allah bagi benda yang terbaik untuk kita.Allah nak didik kita untuk kita jadi Insan yang lebih baik dari sebelum.

Belajar untuk Redha dengan apa yang kita dapat, insyaAllah kita akan bahagia.





Saturday, December 6, 2014

Cicipan di malam hari..

Fokus dan khusyuk dalam kehidupan


  1. Kalau nak berubah, perlu ubah cara fikir/cara pandang kita. kalau kita pandang benda tu positive maka positive la benda tu dan jika kita pandang benda tu negative maka negative la benda tu. 
  2. kenapa kita perlukan penceramah, buku-buku untuk memotivasikan diri kita sedangkan al-quran ada segalanya. Agama menjadi solusi kepada semua permasalahan kita. Sebab kita x faham apa yang kita baca dan kita tak kaji al-quran betul-betul
  3. Sabar: Orang boleh buat apa sahaja dengan kamu(menengking, menfitnah dan sebagainya) tapi kita perlu sabar dengan semua tu insyaAllah ada ganjarannya.
  4. Sentiasa sentiasa baik dengan Allah. kalau Allah bagi benda yang kita tak suka, terimalah sebabnya itu yang terbaik untuk kita.
Mindfullness= minda ketara sedar= sentiasa sedar diri
  1. kalau kita nak react kepada sesuatu pastikan kita berada dalam keadan sedar(conscious). Contohnya:
  2. situasi macamana seorang ayah react apabila anaknya tertumpah kopi kat atas baju putih ayah yang akan ke pejabat selepas tu. bayangkan kalau si ayah react dengan memarahi anaknya, pasti kesan terhadap reaksi itu akan memberi kesan kepada si ayah dan juga si anak yang pertama anak akan bermasam muka dengan si ayah, yang ke-2 si ayah akan lambat ke tempat kerja kerana terpaksa meng "iron"  baju lain yang ke-3 si ayah akan dimarahi oleh bos terlambat ke pejabat dan banyak lagi kemungkinan yang akan berlaku. 
  3. Respon yang diberikan akan memberi kesan jangka panjang. Jadinya, kita perlu sentiasa sedar setiap respon yang kita nak react kepada sesuatu situasi, jangan kalah dengan tabiat sebab tabiat biasanya cenderung tunduk kepada nafsu. Islam mengajar kita berfikir 2-3 kali, jadi fikir dulu  sebelum bertindak.
lastly
  • Ada pahala bagi orang yang sabar
  • hidup ni adalah untuk diuji oleh tuhan
  • Agama menyuruh kita untuk berfikir 2-3 kali
  • Cara kita solat menunjukkan cara hidup kita seharian, kalau kita khusyuk dalam solat, insyaAllah kita boleh fokus dalam kerja kita.
  • Ubah cara pandang kita pada benda yang sama.
Sekian, see you in another post, insyaAllah kalau rajin menulis...hehe

ni blok ustaz shaari: http://www.iskandarfateh.com/