Tuesday, May 24, 2016

Surat untuk sahabatku

Sahabat,
Aku tahu sahabatku orangnya cantik
Aku tahu engkau ingin bahagia
Aku tahu engkau ada jiwa yang lembut
Aku juga tahu engkau ada hati yang baik

Namun, sahabatku yang cantik
Usah kau cari cinta yang tak hakiki
Kerna cinta yang hakiki adalah hanya cinta Allah
Yakin lah sahabatku jika dirimu dekat dengan illahi pasti cinta yang diredhai akan datang.

Sahabatku yang punya hati yang baik
Usah kau mudah jatuh cinta pada lelaki yang belum tentu jadi suamimu
Aku tahu sahabatku, kau dahagakan cinta lelaki yang bukan milikmu lagi
Namun, penuhi lah hatimu dengan cinta Allah, cinta Rasulmu, cinta ibumu yang melahirkanmu dan  cinta ayahmu yang sedia berkorban untukmu
Sabar sahabatku engkau akan peroleh cintamu dengan orang yang sesuai dan pada masa yang tepat

Sahabatku yang punya jiwa yang lembut
Aku tahu kau menutup auratmu dengan sempurna denga tudung mu yang labuh dan baju muslimahmu yang pelbagai warna
Namun sahabatku,
Sia- sia lah segala yang engkau jaga, jika dirimu masih lagi tidak menjaga pergaulan mu dengan lelaki. Meluahkan rasa cinta pada lelaki.
 Jaga lah maruahmu sahabatku.
Tunjukkan engkau bukan wanita yang senang untuk didekati.


Sahabatku yang cantik yang punya suara merdu
Jangan kau lembutkan suaramu didepan lelaki
Kerna suaramu itu bisa menjadi permulaan untuk segalanya sahabatku.

Sahabatku
Sekali lagi aku ingin berpesan penuhkan hatimu dengan cinta Allah pasti engkau akan bertemu dengan kebahagiaan
Aku tahu sahabat engkau dan aku berbeza, ini kata mu dulu. Namun, aku tidak sanggup melihat sahabatku tengggelam dengan cinta manusia yang belum tentu lagi akan berbalas sahabatku.
Jangan jadikan dirimu sebagai fitnah sahabatku. Engkau dan aku perhiasan dunia
Hiasi dunia ini dengan akhlak mu yang baik sahabatku.

Surat ini bukan hanya untuk peringatan kepadamu sahaja sahabtku.
Peringatan ini juga adalah untukku yang belum tahu apa pengakhiranku baik atau buruk. Kerna aku juga bukan manusia yang sempurna dan punya berjuta dosa.

Tuesday, January 12, 2016

Bersedia atau tidak


Bismillahirahmanirrahim

Hari ni..bukan malam ni je tapi dah lama perhatikan gelagat kawan - kawan di FB post tentang kahwin.
Ada yang tak sabar sangat nak kawin, ad yang relax2 dulu dan macam- macam lagi

Yup..kahwin
Benda yang wajib. Tapi bersediakah kita untuk mengharungi bahtera perkahwinan yang dikatakan indah
Berkahwin itu mudah. Tp susah untuk mengharunginya. Jangan dilihat kebahagian orang yang sudah berkahwin di FB. Itu hanya luaran sahaja, dalamannya kita tak tahu

Betulkan niat sebelum berkahwin. Tanam niat kita berkahwin untuk dapat redha Allah bukan berkahwin disebabkan orang sekeliling kita berkahwin, nak dapat cinta seorang lelaki atau perempuan.

Perkahwinan ini kene banyak memberi. Bukan banyak menerima
Kita boleh dapat semua ni tapi redha Allah lagi besar dari semua ni.
Jangan rasa sedih tengok orang yang rapat dengan kita kahwin, bergembiralah untuk mereka.
Doakan kebaikan untuk mereka. InsyaAllah jodoh kita akan sampai juga.
Penuhkan ilmu didada.
Jadi orang yang baik untuk dapat pasangan yang baik.

X bleh nak tulis panjang2 sbb tak kahwin lagi..nk berdasarkan pengalaman - pengalaman sahabat yang dah berkahwin.